Sekadar meminjam tajuk semasa program TV di luar lingkungan yang ke udara pada 14/12/2009 jam 10 malam. Saya cuba beberapa kali untuk menelefon tetapi talian agak sibuk, namun apa tetap juga ingin berkongsi pandangan saya tentang tajuk perbincangan ini.
Saya dahului dengan mengulas tentang panel-panel yang memberikan pendapat adalah semuanya daripada pemain-pemain industri yang begitu beria-ia mempertahankan syarikat masing-masing tanpa memahami erti sebenar tajuk perbahasan. Yang menjadi isu utama adalah kos dan servis yang dibekalkan oleh pemain-pemain industri ini dan ternyata selepas program tersebut berakhir hampir 70% pemanggil sms menyatakan yang broadband di malaysia adalah TIDAK MEMUASKAN, hanya 8% berpuashati dan selebihnya menyatakan perkhidmatan broadband adalah sedarhana.
Ketiga-tiga panel agak bias dalam menyatakan beberapa perkara:
Panel telekom pada awalnya bahawa mengatakan tiada monopoly dalam menyediakan perkhidmatan broadband kerana pelbagai lesen dikeluarkan kepada beberapa syarikat untuk menyediakan perkhidmatan broadband, namun diakhir rancangan mengakui bahawa akibat daripada belanja yang mereka keluarkan untuk membiayai infastruktur fizikal, maka syarikat-syarikat ini lain perlu membayar kepada mereka sebagai tanda perkongsian infrastruktur., Bukankan disini sebenarnya telekom berperanan sebagai pemonopoly yang bebas menentukan harga broadband kerana mereka adalah penyedia dominan bagi broadband infrastruktur?
Manakala panel celcom dan p1Wimax asyik mempromosi perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat mereka dengan janji-janji manis. I could not comment on this. Lihat sahaja email dan sms yang dikirimkan oleh penonton di bahagian bawah semasa siaran berlangsung.
Sebenarnya mengikut perkiraan saya, realiti kerajaan untuk mencapai 50% broadband penetration di Malaysia pada 2010 (business times, 10/11/2009) tidak akan tercapai jika senario ini berterusan. Ini adalah kerana tidak sampai setahun, hanya 27% penembusan sedia ada telah membuktikan betapa teruknya broadband di negara kita, jika mengikut pungutan suara dalam rancangan ini.
Perlukah kita membincangkan langkah-langkah yang boleh menambahbaik broadband di Malaysia??



