burairah.com

11 Jan, 2010

Apa yang saya pelajari dari AVATAR

Posted by: In: Uncategorized

Saya berpeluang untuk menonton filem AVATAR pada 1/1/2010 yang lepas. Filem ini menarik kalau dilihat dari konsep pembikinannya, tetapi setelah menghabiskan tayangan tersebut beberapa perkara muncul di benak saya.    

Pertama, mungkinkah dunia avatar ini wujud?. Mungkin ya mungkin tidak…

Kedua, golongan yang memiliki teknologi tinggi pasti akan menguasai mereka yang tiada/kurang teknologi.

Ketiga, hanya yang ada kesungguhan tinggi sahaja yang berjaya.

Keempat, paling penting kaum penjajah akan sentiasa menggunakan apa cara sekalipun termasuk kekerasan untuk menguasai ekonomi/kekayaan kaum asal.    

Kalau nak tambah…ok juga

8 Responses to "Apa yang saya pelajari dari AVATAR"

1 | Daus

January 11th, 2010 at 6:49 pm

Avatar

mungkin tambahan la…

kalau dulu kita sentiasa dibayangkan dengan cerita makhluk asing menyerang bumi untuk ditakluk..

tapi kini manusia itu sendiri adalah makhluk asing yang berusaha menakluk satu planet yang lain..

macam yang dinyatakan dalm petikan diatas, mereka mengunakan apa cara sekalipun untuk mendapat apa yang mereka mahukan..

apa yang cuba disingkapkan oleh penulis skrip yang cuba dizahirkan oleh pengarah dan ditafsir oleh saya ialah konsep 3G yang dibawa oleh penjajah dahulu kala, ‘Gold’, ‘Glory’ dan ‘Gospel’ ni sebenarnya masih dan terus berlaku…

kalau dulu mungkin negara menjajah negara secara fizikal tapi kini lihatlah…penjajahan secara mental yang begitu hebat dan berjaya…

permulaan cerita AVATAR yang memberikan gambaran sebahagian penduduk BUMI yang keluar pada asalnya ingin mencari hanya sumber alam yang bernilai tinggi menjadi satu pembunuhan beramai-ramai yang akhirnya memberi lebih bayak impak negatif berbanding positif…

inilah hakikat dan realiti yang terjadi di BUMI sekarang…di mana sebuah negara yang KAYA dengan unsur bumi ditakluk dengan ‘mencetuskan’ peperangan dengan menggunakan alasan terdapat sejata merbahaya disitu…tetapi yang dikorbankan…anak-anak kecil serta wanita-wanita dan golongan-golongan yang tidak berupaya untuk menentang…

mungkin kita sedar…apa yang boleh kita lakukan?Alangkah baiknya jika ianya boleh terjadi seperti penamat filem tersebut…keAJAIBan berlaku..

cuma untuk relaliti ini..wujudkah keAJAIBan?
(maaf dr. ‘ter’panjang pulak dari post..hehe)

2 | Fazli

January 12th, 2010 at 10:24 am

Avatar

Yang tersurat, Pada saya filem ini memang hebat corak persembahan graphicnye. Sungguh mengagumkan.

Dari segi yang tersiratnye, memang sudah diketahui umum bahawa setiap filem hollywood mempunyai mesej yang ‘tersembunyi’. Hari ni (12/1/2010) pun dalam yahoo article Filem ini telah didakwa membawa mesej ‘yang mempunyai elemen ‘racism’. Entahlah saya tak nampak pun racismnye.

Apa-apa pun filem ini memang best mungkin kita boleh mengambil sedikit pengajaran berguna bahawa kita perlu sentiasa bersatu-padu dan jangan mudah untuk menerima kehadiran dan terpengaruh orang luar kerana mempunyai niat tersembunyi.

3 | fafa

January 12th, 2010 at 4:13 pm

Avatar

tamabahan….

bg sye,smakin maju kte dlm dunia teknologi nie,smakin pupus nilai kemanusiaan dlm dri masing2…hanya mementingkan diri sendiri…pemimpin yang sepatutnya memberikan contoh yang terbaik kepada anak buahnya sanggup memanipulasikan keadaan itu semata2 untuk mendapatkan segala keinginannya…dalam cite Avatar ni,xpasal2 anak buahnya terpaksa berkorban sekali…sepatutnya kita leh pikir ke arah positif…bukannya terlalu mengikut perasaan sehingga sanggup berperang…
cuma yang kita harapkan janganlah perkara camni berlaku kt negara kte ni….

PEACE NOT WAR!!! ;) )

4 | muhamad rabani b abu hasan

January 13th, 2010 at 3:30 am

Avatar

dari segi pembuatan filem, ternyata avatar sgt hebat.. imaginasi yg sgt tinggi..apa yang saya baca dari internet,Na’vi environment or their life is very complicated native environment… penciptaan kehidupan na’vi bermula pada penghujung 2005 yang mencakupi percakapan,gaya hidup dan corak persekitaran…avatar,pada pandangan saya,adalah filem yang lengkap dari pelbagai aspek kehidupan,teknologi,kemanusiaan dan pemikiran sejagat…one in a million…

5 | love guardian

January 20th, 2010 at 11:59 am

Avatar

sir..filem avatar ni btl2 mnaikkn inspirasi..dri segi +ve,time sy tgk movie ni..sy byk relate dengan sains komputer..eropah mmpu buat filem yg btl2 berkualiti dri segi grafik hingga watak dan dunia dalam filem tersebut nmpk realistik..knpe kte still xmmpu buat sprti mreke?..sy btl2 hope 1 hari nnti sy dan rkn2 BITI mmpu utk mnaikkn taraf malaysia sme sperti mreke..hope sir boleh guide kami……..;)

6 | noriza

February 6th, 2010 at 2:20 am

Avatar

pandangan

filem ini sangat menarik bg saya kerana mggunakan konsep 3G. pandangan pada waktu mlm pon best sbb setiap tumbuhan berkonsepkan glowing.. =)

7 | online

February 22nd, 2010 at 2:33 am

Avatar

apa yang saya cari, terima kasih

8 | Irman

March 11th, 2010 at 12:57 pm

Avatar

Pada pandangan saya, pandangan saya tak clear mase tgk cerita ni sebab duduk kat seat atas sekali. Seat kat atas dah la same level ngn orang kat depan, jadi akibatnya saya dah malas nak tengok dan terus tidur dalam wayang….ruginye…

Comment Form

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera