burairah.com

About Me

Burairah Hussin Di lahirkan di Kampung Paya Rumput Melaka pada tahun 1973. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Tun Haji Abdul Malek Melaka sehingga tingkatan 3.  Beliau kemudiannya berpindah ke Sekolah Menengah Tun Tuah kerana sekolah terdahulu tiada menawarkan aliran sains untuk pelajarnya. Pada tahun 1990, menjejakkan kaki ke menara gading di Universiti Teknologi Malaysia mengikuti kursus Integrasi Sains Komputer dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer pada 1996.

Kerjaya beliau bermula apabila ditawarkan sebagai tutor di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, UTM sebaik sahaja menamatkan ijazahnya. Selepas hampir 2 tahun bekerja sebagai tutor, menerusi biasiswa SLAB/UTM telah melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di University of Dundee, Scotland untuk mengikuti kursus Numerical Analysis and Programming. Setelah itu beliau terus berkhidmat di UTM sebagai pensyarah sehingga pertengahan tahun 2001.

Jun 2001, beliau kembali ke bumi bertuah, tanah bersejarah Melaka untuk menyumbang bakti membangunkan sebuah Kolej Universiti (KUTKM) dan bermulalah satu perjalanan baru…..

Masih teringat…deretan rumah kedai yang menjadi tempat mendidik anak bangsa..masih terkenang Tasik Utama yang berpaya, berhutan bakau….

Penghujung 2002, KUTKM bermurah hati menawarkan biasiswa bagi mengikuti kursus Doktor Falsafah di University of Salford di bawah bidang ”Management Science: Maintenance Modelling”. Alhamdullilah, tahun 2007 dapat menghabiskannya dan kembali ke UTeM. (KUTKM –> UTeM).

Sekarang ini masih mengajar di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi………….

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera